Ads 468x60px

Labels

Monday, October 29, 2012

Tatacara menyebut AaMiiiin selepas Al-Fatihah


credit to:
http://ustaz-ahmad.blogspot.com


-----------------------------------------



Amin yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah Al Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti berikut :
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.

Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.


3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.




Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membacaAmin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)




4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.



Wallahu'alam bissowab...