Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan Posted on Monday, May 28 @ 12:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: al-bahanj
"Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.
Adakah mahu dibuang duit haram itu? Bolehkah pula digunakan? Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?
Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini. Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita. Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.