Ads 468x60px

Labels

Saturday, May 19, 2012

Cara menghormati Pembacaan Al-Quran


Assalamu'alaikum,


Pada hari saya, sedang saya khusyuk mentelaah buku " Hikmah dan Fadhilat Al-Quran",
saya terbaca bingkisan yang agak menarik. Bingkisan tersebut menceritakan bagaimana caranya menghormati pembacaan Al-Quran. Setelah menelitinya, saya tergerak hati untuk mengepos artikel ini untuk anda semua. Mungkin sudah ramai yang sudah tahu tentang perkara ini namun ini hanyalah tazkirah. Sebahagian daripada kita membaca Al-Quran secara tidak tentu misalnya, tak menghadap kiblat, membaca dalam keadaan yang tidak bersih, mengantuk tidak khusyuk dan sebagainya. Jadi saya mengambil peluang ini untuk menceritakan bagaimana nukilan penulis asal dalam buku tersebut.

Antara caranya adalah seperti yang tertulis di bawah:


1: Menggosok gigi dengan bersiwak (menggunakan sejenis kayu pencuci gigi) berwuduk

2: Seorang itu mestilah duduk di suatu tempat yang terpisah dari orang lain dalam keadaan hormat dan rendah diri dan mengadap kiblat. Dengan hati yang penuh perhatian khusyuk dan girang.

3: Seseorang itu hendaklah membaca dan membayangkan setiap masa bahawa dia sedang membaca kalimah-kalimah Allah.

4: Jikalau seseorang itu memahami maksudnya, dia hendaklah berhenti sekejap dan berfikir bila bertemu dengan ayat yang mengatakan janji yang baik dan keampunan dan hendaklah memohon kepada yang keampunan kasih sayang. Ayat yang mengenai seksaan dan amaran, hendaklah meminta perlindungan daripadaNya. Tentang ayat yang menyatakan  Keagungan dan  KemulianNya seseorang itu hendaklah mengucap "Subhanallah". Jika tidak dapat mengeluarkan air mata secara sendiri dengan membaca Al-Quran , maka paksalah diri supaya menangis sedikit.

5: Janganlah membaca Al-Quran secara tergesa-gesa melainkan jika berhasrat untuk menghafalnya. Hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi di atas rehal atau atas bantal.

6: Janganlah seseorang itu bercakap dengan orang lain ketika membacanya. Jika terpaksa bercakap juga, lakukanlah selepas menutup Al-Quran dan kemudiannya membaca ta'awudh (memohon perlindungan daripada Allah daripada Syaitan atau Astaghfirullah) sebelum membacanya semula.

7: Jikalau orang ramai di sekeliling sibuk dengan tugas mereka maka hendaklah dibaca dengan suara perlahan. Sebaliknya jika tidak, bacalah dengan kuat.

Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat daripadaNya. Wassalam



0 komen:

Post a Comment

komen anda??