Al-Quran mempunyai 114 surah secara keseluruhannya. Setiap surah mempunyai kelebihan atau
fadhilat-fadhilatnya yang tersendiri.Antaranya surah Al-Fatihah yang didalamnya terkandung banyak fadhilatnya. Walaupun surah ini hanya mempunyai 7 ayat tetapi kelebihannya amatlah besar.
Al-Fatihah
-Sebesar-besar dalam Al-Quran ialah ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ --riwayat al-bukhari
-Fatihah al-kitab, sama dengan 2/3 Al-Quran --riwayat abdullah ibnu ahmad
-Demi tuhan yang diriku ditanganNya, Allah tidak menurunkan didalamnya Taurat, tidak didalamnya Injil, tidak didalamnya Zabur, tidak didalamnya Al-Furqan yang menyamai Al-Fatihah, dialah tujuh ayat yang diulangi, dialah Al-Quran Al-A'zim yang diberikan kepadaku.
Al-Kahfi
-Dari Abu Darda' r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda: bermaksud barangsiapa menghafaz sepuluh ayat awal surah Al-Kahfi, maka terpelihara ia daripada fitnah dajjal.
-Daripada Umar berkata: Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bermaksud: "sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya diantara dua jumaat.
Yasin
-Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya: barangsiapa membaca surah Yasin pada waktu malam kerana menuntut Zat Allah, maka ia diampunkan dosa pada malam tersebut.
-Dari ibnu Abbas r.a katanya, bersabda rasulullah s.a.w, maksudnya: dalam surah Yasin itu aku amat suka juga berada dalam hati (dihafaz) setiap umatku.
Sebenarnya terdapat lagi fadhilat surah yang lain yang tak dapat saya tulis disini kerana kesuntukan masa. Sebaik-baiknya, kita haruslah beramal apa yang kita lihat baik dimata. Kerana amal kita yang baik akan menjamin kita diakhirat. Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah s.w.t
Wassalam
0 komen:
Post a Comment
komen anda??