Monday, May 28, 2012
check kiblat anda secara natural!!
APAKAH ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa’ matahari (istiwa’ A’dzam) ialah matahari berada tepat di titik zenit (ghayah) iaitu apabila nilai sudut istiwa’
matahari akan sama dengan nilai latitud Mekah (Ka’bah). Fenomena ini akan berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada
28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang). Peluang ini boleh digunakan untuk membuat semakan arah
qiblat.
**Perhatian
Sekiranya fenomena tersebut berlaku pada tahun lompat, seperti tahun 2004 maka tarikhnya perlu diawalkan
sehari iaitu pada 27 Mei (5.18 petang) & 15 Julai (5.27 petang)
Ketika istiwa’ matahari berlaku, bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Ka’bah. Oleh kerana fenomena ini
berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, arah kiblat sebenar ialah yang
menghadap ke arah barat.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletakkan tali yang diikat pemberat
dihujung tiang berkenaan (rujuk gambar di bawah).
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya dengan merujuk waktu SIRIM atau RTM.
semoga dirahmati Allah s.w.t:http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa5/At-Taqwa5(8).pdf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment
komen anda??